SOLAT SUNAT WITIR
Berikut ini adalah tata cara solat sunat witir. Jika anda ingin tau silahkan membacanya, agar menambah pengetahuan!
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksimal solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat saja.
Di antara fadhilat solat witir ialah:
1. Para malaikat turut menyaksikan atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain.
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat karena Allah Taala”
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat karena Allah Taala”
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti ndipujiMu seri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.”
Demikianlah. Saya akhiri dulu. Semoga bermanfaat!
Wasallam.