AMALAN DAN FADLILAH PUASA BULAN SYA’BAN

AMALAN DAN FADLILAH PUASA BULAN SYA’BAN

Amalan Sunat Dan Fadilah Puasa Bulan Sya’ban

syaban

Ketika bulan Sya’ban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan  Rasulullah SAW banyak berpuasa dan memperbanyak amal kebajikan dan ibadat, kerana dalam bulan Sya’ban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada ujian yang lebih besar Yaitu bulan Ramadan.

Berikut ringkasan amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Sya’ban.

.

Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban

.

Amalan yang dianjurkan pada bulan Sya’ban adalah:

  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, sholawat dan bertaubat.
  • Perbanyak amalan takwa.
  • Sholat lima waktu secara berjamaah.
  • Memperbanyak sholat sunat terutama sholat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon ampunan kedua orang tua.
  • Menjauhkan diri dari maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keridloan Allah pada segala amal kebaikan.
  • Memohon semoga terhindar dari segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berdzikir.

.

.

Puasa Sya’ban Dan  Fadilatnya

.

Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW memperbanyak berpuasa pada bulan Sya’ban.

Baginda SAW menjawab dengan sabdanya :

“Bahawa Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.”   (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)

.

Berpuasa dalam bulan Sya’ban selain menjadi persiapan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, di antaranya :

.

1.   Berpuasa sehari.

a.  Diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.

b.  Dimasukan ke dalam syurga

c.  Menjadi teman Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.

d.  Dianugerahi seperti pahalanya Nabi Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Sya’ban.

a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,

b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .

c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersholawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 

a.  Di ampuni oleh Allah.

b.  Diberkati rezekinya.

c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

.

4.  Berpuasa pada hari Kamis pertama dan Kamis terakhir bulan Sya’ban.

a.  Dosa yang telah lalu, diampuni Allah.

b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

.

5.  Berpuasa pada hari Senin terakhir dalam bulan Sya’ban.

Diampuni dosanya oleh Allah SWT

.

6.  Berpuasa sebulan.

a.  Dimudahkan Allah saat mati,

b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,

c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,

d.  Allah menutup aib di hari kiamat,

e.  Diwajibkan masuk ke syurga.

.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Sya’ban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang emas yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia.

Namun, janganlah kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keridloan Allah SWT.

Leave your comment here: