APA YANG SEBAIKNYA KITA LAKUKAN KETIKA DI PERMALUKAN DI DEPAN UMUM

APA YANG SEBAIKNYA KITA LAKUKAN KETIKA DI PERMALUKAN DI DEPAN UMUM

  NAA              Apabila anda dihina, dicaci-maki dan dipermalukan di khalayak ramai, walaupun anda tidak melakukan kesalahan, apakah yang patut anda lakukan sebagai seorang Islam yang beriman?

Ingatlah bagaimana Rasulullah s.a.w diperlakukan dengan begitu kasar oleh Bani Thafiq di Thaif…

Setelah kematian Abu Thalib, pihak bani Quraisy menjadi lebih giat lagi menambah gangguan dan penentangan mereka terhadap da’wah Rasulullah s.a.w. Di Thaif, kota yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu suku yang sangat kuat dan banyak bilangannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertolak keThaif membawa harapan akan dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq menerima Islam dan memperoleh perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan bani Quraisy. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Thaif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Ketika  Baginda s.a.w tiba disana, beliau telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara bergantian dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t.

Namun demikian, bukan saja mereka tidak mau menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah diperlakukan secara kasar dan sungguh-sungguh biadab. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati tamu yang telah menjadi sebagian daripada budaya hidup bangsa Arab. Dengan terus-terang mereka mengatakan bahwa mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. sebelumnya berharap kedatangan beliau akan disambut dengan sopan-santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

Dalam menghadapi penentangan yang begini hebat, ketabahan dan kesabaran hati yang merupakan sifat-sifat dasar Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. merasa hampa dan gagal sedikitpun. Selepas meninggalkan  pemuka-pemuka Bani Thafiq tadi, Baginda s.a.w mencoba menghampiri rakyat biasa, Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menghalau Baginda s.a.w keluar dari Thaif dan mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Thaif secara aman. Mereka mengupah preman supaya mengusik, mengejek, mengacau dan melempari Rasulullah s.a.w dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian hebat, hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. ketika Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Thaif, Baginda s.a.w pun berdoa kepadaAlloh :

“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkam aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya dzatMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dari Engkau”

Maka Allah s.w.t. mengutus Malaikat Jibril turun menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w, Jibril a.s pun memberi salam seraya berkata: “Allah s.w.t Mengetahui apa yang telah terjadi diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah mendatangkan malaikat penjaga gunung-ganang disini untuk menjalankan semua perintahmu.”

Sambil berkata demikian, Jibril a.s menghadapkan malaikat itu pada Baginda s.a.w Kata malaikat penjaga gunung itu:”Wahai Rasulullah, saya siap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah kota ini saling bertabrakan sehingga penduduk-penduduk dikedua belah gunung mati tertindih. Kalau tidak, Tuan sampaikan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini.”

Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. pun berkata:”Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., bahwa anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya.”

Mampukah kita ini melakukan seperti apa yang Rasulullah s.a.w lakukan….? Bagi kita manusia biasa ini, pastinya menumpahkan darah lebih mudah bukan?

Apakah pilihan anda?

Leave your comment here: