TAFSIR MIMPI : BERMAIN CATUR DAN MASALAH MIMPI JARI TANGAN

TAFSIR MIMPI : BERMAIN CATUR DAN MASALAH MIMPI JARI TANGAN

Menurut ahli takwil mimpi, mimpi bermain catur, dadu atau kelerang dan sebagainya adalah tidak baik takwilnya dan menyebabkan perbantahan / perbalahan. Ibnu Sirin menakwilkan mimpi ini berdasarkan Firman Allah SWT di dalam (surah al-A’raf ayat 98) :

 

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang mereka bermain-main?

   Bermimpi bermain catur. Takwilnya dia mempunyai musuh dan hutang atau juga berusaha untuk membuat permusuhan.

   Bermimpi bermain dadu. Takwilnya punyai hutang, melakukan maksiat, atau perniagaanya melanggar hukum syarak. Juga ditafsirkan sebagai peperangan atau perbalahan dan kemenangan berpihak kepada yang tidak mengikuti permainan itu.

   Bermimpi bermain kelerang. Takwilnya berada di dalam kebatilan.

   Bermimpi bermain judi. Takwilnya banyak melakukan kejahatan dan sering membantah-bantah.

Menurut Ibnu Sirin penyakit-penyakit yang terdapat pada jari adalah berkaitan dengan anak atau harta. Jika dia tidak mempunyai anak tandanya dia seorang yang menyia-nyiakan solat.

   Bermimpi jari kelingkingnya terpotong. Takwilnya anaknya akan menderhakainya.

   Bermimpi jari manisnya terpotong. Takwilnya dia akan mendapatkan anak.

   Bermimpi melihat jari tengah terpotong. Takwilnya ada orang alim atau qadi di tempatnya akan meninggal.

   Bermimpi memotong jari orang lain. Takwilnya akan terjadi sesuatu musibah terhadap hartanya.

   Bermimpi kehilangan jari-jarinya. Takwilnya hilangnya ketelitian di dalam bekerja.

   Bermimpi mengunyah jari-jari. Takwilnya akan kehilangan harta.

   Bermimpi mengunyah jari. Takwilnya kehilangan harta.

   Bermimpi mengenggam jarinya. Takwilnya dia akan meninggalkan perkara yang haram.

Bermimpi bermain gitar dan mendengarnya. Takwilnya bermakna berkaitan dengan perkataan yang dusta.

   Bermimpi bermain gitar dirumahnya. Takwilnya dia mendapat musibah.

   Bermimpi bermain gitar dan talinya terputus. Takwilnya terlepas dari kesusahan.

Leave your comment here: