TAFSIR MIMPI TENTANG SORBAN KOPIYAH DAN KERUDUNG
Menurut Ibnu Sirin serban merupakan mahkota bagi orang-orang Arab. Maka dia menafsirkan sebagai kekuasaan seseorang atau kepimpinan seseorang.
Mimpi melilitkan serban di kepala.Takwilnya ialah dia akan bermusafir atau juga dia akan mendapat kebaikan.
Mimpi serbannya bersambung dengan serban orang lain. Takwilnya ialah menunjukkan kekuasaannya akan semakin meluas
Mimpi seolah-olah memakai serban dari kain sutera. Takwilnya ialah kekuasaannya yang menyalahi aturan agama atau ditakwil sebagai harta yang haram.
Mimpi memakai serban dari kain wol. Takwilnya ialah dia akan mendapat kekuasaan yang digunakan untuk kebaikan dunia dan agamanya.
Mimpi melihat kainnya dari campuran wol dengan sutera.Takwilnya ialah dia akan mendapat kekayaan.
Nabi Ishak a.s pernah bermimpi bahawa serbannya tertanggal, kemudian selepas itu isterinya hilang. Kemudian dia bermimpi lagi serbannya dikembalikan orang kepadanya. Nabi Ishak menafsirkan mimpinya itu sebagai kepulangan isterinya. Ternyata benar isterinya yang hilang itu dijumpai semula.
Abu Muslim al-Khurasaniy brmimpi seolah-olah Rasulullah S.A.W memasangkan serban merah di kepalanya dengan 22 lilit. Lalu diceritakan mimpinya kepada seorang ahl takwil dan ahli takwil itu berkata ” Bererti engkau akan memerintah satu negeri selama 22 tahun dengan kepimpinan yang penuh kezaliman.” Mimpinya itu menjadi kenyataan.
Mimpi Tentang Kopiah
Menurut Ibnu Sirin kopiah diertikan sebagai musafir ke tempat yang jauh atau mengahwini perempuan. Kopiah juga dikaitkan dengan kepimpinan seseorang ketua.
Bermimpi menanggalkan kopiah.Takwilnya bererti berpisah dengan ketuanya.
Bermimpi meletakkan kopiah di atas kepala.Takwilnya memperolehi kedudukan atau mendapat kebaikkan dari ketuanya.
Bermimpi kopiahnya koyak atau kotor.Takwilnya ketuanya akan ditimpa kesusahan.
Bermimpi melihat kopiahnya ditanggalkan oleh pemuda atau raja yang tidak dikenalinya.Takwilnya ketuanya akan meninggal dunia atau dia akan berpisah dengan ketuanya.
Bermimpi raja membahagikan kopiah kepada rakyatnya.Takwilnya raja itu sedang mencari seorang untuk menjadi pemimpin
Bermimpi memakai kopiah secara terbalik.Takwilnya ketuanya akan mengubah dari kebiasaanya.
Bermimpi kopiah yang dipakai ketuanya cacat atau kekurangan.Takwilnya ketuanya menjalankan sariat Islam dengan kurang sempurna.
Bermimpi ada kotoran atau najis pada kopiahnya.Takwilnya dia telah melakukan dosa.
Jika perempuan (bujang atau janda) bermimpi memakai kopiah.Takwilnya dia akan berkahwin.
Jika perempuan (hamil) memakai kopiah.Takwilnya dia akan melahirkan anak lelaki.
Mimpi Tentang kerudung
Menurut Ibnu Sirin kerudung wanita diertikan sebagai suaminya, pengawasnya atau atasannya.
Wanita yang bermimpi kerudungnya panjang atau labuh. Takwilnya hati suaminya lapang.
Wanita yang bermimpi kerudungnya lebar. Takwilnya harta suaminya banyak.
Wanita yang bermimpi kerudungnya putih. Takwilnya suaminya baik agamnya.
Wanita yang bermimpi membuka kerudung di khalayak ramai. Takwilnya dia adalah perempuan yang tidak tahu malu.
Wanita (yang bersuami) bermimpi kerudungnya rosak atau ada kekurangan pada kerudung nya. Takwilnya ialah suaminya akan mendapat musibah atau sesuatu yang tidak diinginya.
Wanita (yang perawan) bermimpi kerudungnya rosak atau ada kekurangan pada kerudung nya. Takwilnya dia sendiri akan mengalami musibah atau sesuatu yang tidak diingininya.
Wanita bermimpi melihat kerudung nya hitam dan usang. Takwilnya suaminya akan menjadi miskin.
Wanita yang bermimpi kerudung nya kotor atau berdebu. Takwilnya musuh-musuhnya akan menjelek jelekannya.