DALIL IKHLAS (BERAMAL HANYA KARENA ALLOH SEMATA)
Beramal Kerana Allah Semata-mata adalah Keikhlasan Yang Paling Tinggi (dan Tidak Bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah)
Beramal kerana ingin mendapatkan pahala dan syurga bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan Shariat. Namun, ia adalah salah satu daripada peringkat-peringkat ikhlas.
KATA-KATA PARA ULAMA’
(1) Al-Imam Ibnu ‘Ajibah rahimahullah menyatakan bahawa [Kitab I’qaz al-Himam fi Sharh al-Hikam]:
الإخلاص على ثلاث درجات: إخلاص العوام والخواص وخواص الخواص.
فإخلاص العوام: هو إخراج الخلق من معاملة الحق مع طلب الحظوظ الدنيوية والأخروية كحفظ البدن والمال وسعة الرزق والقصور والحور.
وإخلاص الخواص: طلب الحظوظ الأخروية دون الدنيوية.
وإخلاص خواص الخواص: إخراج الحظوظ بالكلية، فعبادتهم تحقيق العبودية والقيامُ بوظائف الربوبية محبة وشوقاً إلى رؤيته، كما قال ابن الفارض: ليس سؤْلي من الجنان نعيماً غيرَ أني أحبها لأراكا
Maknanya:
“Ikhlas itu ada tiga darjat: Ikhlas orang awam; Ikhlas golongan khawas dan Ikhlas golongan khawas al-khawas.
Maka keikhlasan orang awam itu adalah menyingkirkan makhluk dalam hubungannya dengan Allah dan dalam masa yang sama menuntut kelebihan-kelebihan dunia dan akhirat seperti pemeliharaan badan, harta, kelapangan rezeki, istana-istana di syurga serta bidadari.
Dan keihklasan golongan khawas itu adalah hanya menuntut kelebihan-kelebihan di akhirat dan bukannya dunia.
Dan keikhlasan golongan khawas al-khawas itu adalah menyingkirkan (kehendak) kepada kelebihan-kelebihan secara keseluruhan (sama ada dunia mahupun akhirat). Maka ibadat mereka itu adalah untuk merealisasikan makna kehambaan dan menunaikan hak-hak ketuhanan kerana cinta dan rindu untuk melihat-Nya.
Ini adalah seperti satu syair oleh Ibn al-Faridh:
Maka tidaklah permintaanku untuk syurga itu kenikmatan,
Tetapi aku mencintainya (syurga) agar dapat melihat-Mu.”
(2) Al-Imam Al-Hafiz al-Suyuthi menyatakan di dalam kitabnya “Ta’yid al-Haqiqah al-‘Aliyyah]:
قال الإمام السيوطي رحمه الله تعالى: (القيامُ بالأوامر والنواهي لله وحده، لا لجلب ثواب ولا لدفع عقاب، وهذا حال من عبدَ الله لله، خلافُ من عبدَ الله للثواب وخوف العقاب، فإنما عَبَدَ لِحَظِّ نفسه، وإن كان هو محباً أيضاً، لكنه في درجة الأبرار، وذاك في درجة المقربين)
Maksudnya:
“Menunaikan perintah dan (meninggalkan) larangan adalah bagi Allah satu-satunya, bukanlah untuk mendapatkan pahala atau menolak balasan buruk, dan ini adalah keadaan seseorang beribadat kepada Allah kerana Allah.
Dan ini berbeza dengan seseorang yang beribadat kepada Allah kerana pahala dan takutkan hukuman, sesungguhnya dia mengerjakan ibadat untuk kebaikan dirinya, walaupun dia juga seseorang yang menyintai Allah, akan tetapi dia berada di darjat golongan al-abrar (soleh), dan yang pertama terdahulu itu adalah darjat al-Muqorrabin.”
Lihatlah bagaimana al-Imam al-Suyuthi menerangkan perbeadan di antara golongan al-abrar dan al-muqorrabin.
DALIL-DALIL AL-QUR’AN
Dalil-dalil al-Quran bahwa beramal semata-semata kerana Allah (tanpa memandang syurga dan neraka) itu adalah benar dan disebut di dalam al-Quran. [Bagi yang kurang mahir berbahasa Arab, silalah rujuk ke tafsir dengan terjemahan yang muktabar, bukan semata-mata terjemahan harfi atau hissi]
Firman Allah SWT:
- Surah al-Bayyinah: Ayat 5
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
Maksudnya: “Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadat kepada Allah dengan hal keadaan mengikhlaskan bagi-Nya agama.”
- Surah al-Nisaa’: Ayat 146
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ
Maksudnya: “Melainkan orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki amal soleh dan mencari keselamatan/perlindungan dengan Allah dan mengikhlaskan agama mereka bagi Allah.”
- Surah al-An’am: Ayat 162-163
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163)
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad!). Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah bagi Allah, Tuham Semesta Alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan itulah aku diperintahkan dan akulah orang yang pertama-tama di kalangan orang Islam (yang menyerahkan diri).”
- Surah al-An’am: Ayat 52
وَلَا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
Maksudnya: “Dan janganlah engkau halau mereka yang berdoa kepada Tuhan mereka siang dan malam mencari “wajh” (zat) – Nya.”
- Surah al-Kahf: Ayat 28
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
Maksudnya: “Dan sabarkanlah dirimu bersama mereka yang berdoa kepada Tuhan mereka siang dan malam mencari “wajh” (zat) – Nya.”
Takwilan bagi kalimah “wajh” bagi ayat-ayat di atas ialah zat Allah SWT. Ini adalah termasuk di dalam bab ilmu balaghah:
إطلاق البعض وإرادة الكل
Disebut sebahagian, namun yang dikehendaki adalah semua.
- Surah al-Zumar: Ayat 2-3
فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2) أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ
Maksudnya: “Maka beribadatlah kepada Allah dengan hal keadaan mengikhlaskan agama bagi Allah. Dan tidakkah bagi Allah itu agama yang tulus.”
Bukankah semua ayat-ayat di atas menekankan keikhlasan hanya semata-mata kepada dan kerana Allah!!!
- Dan lihatlah Surah al-Ikhlas (yang dinamakan dengan al-Ikhlas) adakah di sana terdapat kisah tentang syurga atau neraka??? Ianya adalah semata-mata berkenaan dengan Allah SWT.
- Isteri Fir’aun yang beriman memohon kedudukan di sisi Allah terlebih dahulu sebelum memohon mahligai di syurga [Surah al-Tahrim: Ayat 11].
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آَمَنُوا اِمْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Dan Allah memberi perumpamaan bagi orang-orang yang beriman mengenai isteri Fir’aun (ang beriman) apabila dia berkata: “Ya Allah! Binakanlah bagiku di sisi-Mu mahligai di syurga.”
KOMENTAR: Lihatlah wahai orang-orang beriman! Betapa halus dan tingginya perumpamaan ini! Isteri Fir’aun mendahulukan kedudukan di sisi Allah berbanding mahligai di dalam syurga. Sebab itulah dia tidak berdoa seperti di bawah:
رَبِّ ابْنِ لِي بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ عِنْدَكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Bangunkanlah bagiku mahligai di dalam Syurga di sisi-Mu.”
Ini juga menunjukkan bahwa melakukan pendekatan kepada Allah SWT (taqarrub) adalah lebih utama daripada selainnya. Namun begitu, Syurga adalah jalan untuk mencapai nikmat bertaqarrub dengan Allah SWT.