PANDUAN SOLAT MUSAFIR

kepada pengembara Muslim yang selalu ke luar kawasan untuk bertugas.

CARA-CARA MELAKSANAKAN SOLAT JAMAK

Cara melaksanakan solat jamak itu terbagi jadi dua bagian yaitu ‘jamak taqdim’ dan ‘jamak takhir’.

Jamak taqdim yaitu menggabungkan solat asar ke dalam waktu zuhur atau solat isya ke dalam waktu maghrib, sedangkan jamak takhir yaitu solat yang terdahulu kedalam waktu yang sekarang, contohnya menggabungkan solat zuhur ke dalam waktu ashar, menggabungkan solat maghrib ke dalam waktu solat isya.

SEBAB-SEBAB YANG MEMPERBOLEHKAN SOLAT JAMAK.

1. Berada di Arafah dan di Muzdalifah.
Para Ulama sependapat bahwa menjamak solat zuhur dengan solat ashar secara jamak taqdim di arafah dan menjamak solat maghrib dengan solat isya’ di Muzdalifah adalah hukumnya sunat.

2. Musafir.
Menurut pendapat Imam syafii dan sebagian Ulama,menjamak solat karena musafir adalah hukumnya harus sama dengan solat itu , dilakukan jika sedang berhenti maupun sedang dalam perjalanan.

3. Hujan lebat.
Para Ulama Syafieyah memperbolehkan seseorang yang bermukim menggabungkan antara solat zuhur dengan solat ashar,solat maghrib dengan isya’ secara taqdim apabila hujan lebat ketika mengangkat takbiratul ihram dalam solat yang pertama hingga selesai, sementara itu masih terus hujan ketika ingin memulai solat yang kedua. Imam Bukhari meriwayatkan bahwa ‘ sesungguhya Nabi saw menggabungkan antara solat maghrib dan isya pada waktu malam karena hujan lebat.’

4. Sakit
Imam Ahmad qadhi Hussain Al-Khattabi dan Al-Mutawwali dari kalangan Syafieyah memperbolehkan seorang muslim menggabungkan solat baik secara taqdim maupun secara takhir. Mereka mengatakan bahwa kesulitan karena sakit lebih besar daripada kesulitan karena hujan. Dalam kitab Al-Mughni menyatakan bahwa sakit yang memperbolehkan seseorang menggabungkan solatnya ialah apabila solat itu dikerjakan pada waktunya, akan menyebabkan kesulitan dan lemah badan dengan seseorang yang terkena sakit parah seperti sakit kepala, sakit perut ataupun diare sehingga penyakit yang dialaminya itu menghalangnya menunaikan solat pada waktunya, maka ketika itu diharuskan menggabungkan solatnya.

5. Ada keperluan.
Dalam kitab ‘syarah muslim’ Imam An-Nawawi sebagai berikut: ‘Beberapa Imam membolehkan menggabungkan solat bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itu dijadikannya suatu kebiasaan’.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berbunyi: ‘Sesungguhnya Nabi SAW solat di Madinah sebanyak delapan rekaat, yaitu masing-masing menggabungkan solat zuhur dengan ashar serta maghrib dengan isya.

SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK

1. Syarat-syarat jamak taqdim.
(1) Berniat untuk solat jamak dalam solat yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat,selagi sebelum memberi salam )
Lafaz niatnya seperti berikut :

(a) Lafaz niat solat zuhur.
“aku niat solat fardhu zuhur empat rekaat digabungkan ashar kepadanya langsung karena Allah Taala. “

(b) Lafaz niat solat maghrib.
“aku niat solat fardhu maghrib tiga rekaat digabungkan Isyak kepadanya langsung karena Allah Taala.”

(c) Lafaz niat solat fardhu isya.
“aku niat solat fardhu isya’ empat rekaat digabungkan maghrib padanya langsung karena Allah Taala.”

(2) Tertib.
Didahulukan solat yang pertama,kemudian baru dilaksanakan yang kedua.

(3) Mualat.
Mualat yaitu berturut-turut antara dua solat yang dikumpulkan.Jangan diselangi dengan jarak yang panjang.Peringatan :

– jarak yang dianjurkan ialah tidak melebihi jumlah dua rakaat solat sunat yang ringkas.

-Setelah mengerjakan solat yang pertama hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua tanpa dibatasi oleh suatu perbuatan maupun sekadar membaca tasbih kecuali untuk mengambil wudhu sekiranya wudhu batal.

(4) Masih berkekalan dalam musafir sehingga takbiratul ihram solat yang kedua ( tidak disyaratkan sampai selesai solat yang kedua itu )

SYARAT-SYARAT JAMAK TAKHIR.

(1) Niat akan takhirkan solat fardhu zuhur ke waktu ashar atau takhirkan solat fardhu maghrib ke waktu isya yaitu mulainya masuk waktu solat yang pertama hingga berakhirnya waktu ( dengan kata lain niat untuk takhirkan fardhu ke dalam waktu ashar hendaklah diniatkan dalam waktu zuhur).

(2) Sekiranya jamak itu dilakukan semasa musafir,maka hendaklah perjalanan itu tetap, sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam solat jamak takhir ini tidak disyaratkan tertib, kerana Rasulullah SAW pernah menggabungkan solat zuhur ke dalam waktu ashar ( jamak takhir ) dan beliau menunaikan solat ashar terlebih dahulu.

Lafaz niat jamak takhir seperti berikut:

(a) Lafaz niat solat fardhu zuhur.
“aku niat solat fardhu zuhur empat rekaat digabungkan ashar kepadanya langsung karena Allah Taala.”

(b) Lafaz niat solat fardhu ashar.
“aku niat solat fardhu ashar empat rekaat digabungkan zuhur kepadanya langsung karena Allah Taala.”

(c) Lafaz niat solat fardhu maghrib.
“aku niat solat fardhu maghrib tiga rekaat digabungkan isya kepadanyalangsung karena Allah Taala.”

(d) Lafaz niat solat fardhu isya.
“aku niat solat fardhu isya empat rekaat digabungkan maghrib padanya langsung karena Allah Taala”.

SOLAT QASAR SERTA JAMAK.

Bagi orang yang sedang bermusafir, selain dibolehkan menjamak dan mengqasarkan, boleh juga menunaikan solat jamak dan qasar sekaligus. Perbedaannya ialah apabila seseorang mengqasarkan solatnya saja maka dia harus menunaikan pada waktunya tetapi apabila seseorang itu menunaikan solat secara jamak dan qasar sekaligus, maka solat tersebut boleh digabungkan dan dipendekkan rekaatnya, yakin masing-masing solat dijadikan dua rekaat. Keterangan posisi solat yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini :

1)solat yang boleh dijamakkan ialah solat zuhur,ashar,maghrib dan isya.
2)solat yang boleh diqasarkan ialah solat yang empat rekaat saja yaitu fardhu zuhur, ashar dan isya.
3)solat yang boleh dijamak dan di qasarkan sekaligus ialah fardhu zuhur, ashar dan isya.
4)solat yang boleh dijamakkan saja ialah solat fardhu maghrib.
5)solat yang tidak boleh dijamak maupun diqasarkan ialah fardhu subuh.

CONTOH LAFAZ NIAT QASAR DAN JAMAK.

1) Jamak taqdim.

a) Lafaz niat fardhu asar.
“aku niat solat fardhu ashar dua rekaat qasar,digabungkan bersama zuhur langsung karena Allah Taala.”

b) Lafaz niat solat fardhu isya.
“aku niat solat fardhu isya dua rekaat qasar,dgabungkan beeersama maghrib langsung karena Allah Taala.”

TEMPO YANG DIHARUSKAN QASAR ATAU JAMAK KETIKA BERMUSAFIR.

1) Boleh solat jamak dan qasar disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar dari tempat itu.

2)Jika kita niat akan berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka musafir sebaiknya sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi solat jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu karena hajat yang tidak bisa selesai dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu karena hajat yang bisa selesai dalam masa empat hari ( atau hendak berhenti kurang dari empat hari ) maka boleh qasar dan jamak selama empat hari itu.

3)Jika kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi solat jamak dan qasar kerana kita telah niat bermukim disitu.

4)Jika kita berhenti disuatu tempat dalam musafir karena ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari hari ke hari,maka kita boleh terus solat jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5)Jika kita bermusafir dalam keadaan tidak tau tempo berhenti atau tidak ada tempat tertentu yang dituju,kita tidak boleh solat jamak dan qasar.

6)Jika kita sedang solat qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju maka tidak boleh jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ), dan kita wajib solat fadhu itu secara tamam ( empat rekaat ).

7)Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai solat jamak dan qasar, maka kita wajib solat tamam (sempurna) sepanjang musafir.

8)Jika kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumat, kita diharuskan mengerjakan solat jumat. Tetapi jika keluar selepas fajar hari jumat, kita wajib mengerjakan solat jumat di mana tempat kita mendengar azan semasa kita bermusafir.

Sekian dari saya
Wasallam.