Solat Sunat Tahajjud

Berikut ini akan kita bahas mengenai solat sunah tahajjud

Firman Allah SWT:

“Hendaklah engkau gunakan sebagian waktu malam itu untuk sholat tahajjud,sebagai sholat sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)

Arti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, paling sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Sesudah 2 rakaat memberi salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isya sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar saja. Bangun tidur dulu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi kita boleh melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap saja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sebaik-baik sholat sesudah sholat fardu ialah sholat sunat malam.” (riwayat Muslim)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sholat tahajud. Ini karena tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun jumlah rakaatnya (paling kurang) hanya dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apalagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

Lafaz Niat:

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar

”aku niat Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

1. Pada rakaat pertama baca Surat Fatihah dan Surat Al-Kafirun atau Surat Al-Baqarah: ayat 284-286.  Surat-surat lain yang anda tahu karena lainnya tidak dibolehkan.

2. Pada rakaat kedua sesudah Surat Fatihah bacalah Surat Al-Ikhlas atau Surat Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Setelah selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 saja doa yang kita tahu atau mintalah apa saja  permintaan dalam bahasa kita sendiri.

3. Setelah solat dan memberi salam. Baca doa ini jika bisa. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.

Artinya:

“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Hak dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan surga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, maupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada  kekuatan kecuali dengan Mu juga.”

4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.

Artinya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

5. Baca Penghulu Istighfar jika bisa.

Sementara menunggu subuh diperbolehkan zikir. Dan jika mau tidur kembali bacalah ayat-ayat berikut:

1. Ayat Kursi.
2. Surat Al-Ikhlas.
3. Surat Al-Falaq.
4. Surat An-Nas.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran surga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Dan juga dapat menghindarkan dari penyakit.

Demikianlah kita sudah membahas tentang solat sunah tahajjud. Semoga bermanfaat bagi kita semua… Amin

Wassalam.