KEISTIMEWAAN TANAH HAROMAIN(MAKAH DAN MADINAH)

Keistimewaan Tanah Haram Makkah

 MAKKAH

Nama Makkah

Makkah mempunyai banyak nama, ada yang menyatakan ia mempunyai lebih dari 30 nama.

Di antara namanya yang paling masyhur ialah :

1. Makkah
2. Bakkah
3. Ummul Qura
4. Al-Balad al-Amin

وَهُوَ الَّذِي كَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ عَنْهُمْ بِبَطْنِ مَكَّةَ مِنْ بَعْدِ أَنْ أَظْفَرَكُمْ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً (الفتح:24)

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدىً لِلْعَالَمِينَ) (آل عمران:96)

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ، وَطُورِ سِينِينَ، وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ (التين:1-3)

وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَهُمْ عَلَى صَلاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (الأنعام:92)

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآناً عَرَبِيّاً لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ(الشورى:7)

Nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran

1. al-Balad

2. al-Baldah
3. al-Qaryah
4. al-Baitul ‘Atiq

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آَمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ (ابراهيم : 35)

إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ (النمل :91 )

وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَى قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ (الأنكبوت : 31)

إِلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ (الحج : 33)

Batasan Tanah Haram Makkah

1. Dari arah Madinah :  lebih kurang 3 batu. Berada dlm kws Bani Nifar atau Masjid Aisyah.

2. Dari arah Yaman : lebih kurang 7 batu.
3. Dari arah Iraq : lebih kurang 7 batu. Berdekatan dgn Bukit al-Munqata’ atau Bukit al-Muqta’.

4. Dari arah Taif :

5. Dari arah Ji’ranah : lebih kurang 9 batu.

6. Dari arah Jeddah : lebih kurang 10 batu.

7. Dari arah Batni ‘Uranah :lebih kurang 11 batu.

Perbedaan tanah harom dengan yang lainya

1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihrom (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafi’ie berpendapat, niat ihrom ketika memasuki tanah harom adalah sunat.

2. Binatang buruan di kawasan ini adalah HARAM diburu, baik oleh mereka yang berihrom atau tidak, kecuali binatang yang membahayakan dan biasanya akan menyerang manusia.

3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia di tanah harom adalah HARAM dipotong atau ditebang kecuali pohon al-Idzhir.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ

Dari Ibnu Abbas, Rosululloh SAW telah bersabda :

Ini adalah negeri yang Alloh haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukum Alloh SWT sampai hari qiamat. tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata  al-Abbas, Ya Rosulalloh SAW, adakah dikecualikan al-Idzhir?. Karena bisa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rosululloh SAW, dikecualikan al-Izkhir. HR.Ahmad, lihat juga HR.Bukhari.

Walau bagaimanapun, memotong pohon yang ditanam oleh manusia seperti pohon kurma, delima, gandum atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing galak atau binatang apa saja yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.

4. Tanah serta batu dari tanah harom adalah tidak dibenarkan dibawa keluar.

Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah boleh dan tidak mengapa…

5. Jamhur ulama’ menetapkan bahwa orang kafir tidak dibenarkan memasuki tanah harom, baik untuk menetap atau lewat saja.

Abu Hanifah membolehkannya selagi mereka tidak bermustautin.

6. Sesuatu benda yang tercecer dan tidak diketahui siapa tuannya, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal untuk diambil oleh orang yang mau mengiklankannya saja.

وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ

Barang temuan (Luqathah) di sana (Tanah harom) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mau mengiklankannya. HR.Bukhari.  Lihat juga HR.Abu Daud dan Ahmad

7. Mereka yang melakukan pembunuhan di tanah harom dikenakan diyat yang lebih berat.

Menurut Imam Ahmad ialah tambahan dari bilangan diyat  dengan kadar 1/3 dari diyat yang asal.

8. Haram menguburkan orang Kafir di tanah haraom atau menggali kuburnya.

Keistimewaan bumi Makkah

وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ

Demi Alloh, sesungguhnya engkau adalah sebaik-baik bumi Alloh SWT, dan bumiNya yang paling Alloh sayangi. Kalaulah bukan kerana dipaksa keluar, maka aku tidak akan meninggalkan engkau. HRTurmudzi.  Lihat juga HR. Ibnu Majah dan Ahmad

عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

Dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau telah bersabda :

Tidak ada satu negeripun, kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik.”HR. Bukhari dan Muslim.

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حَرَّمَ مَكَّةَ وَدَعَا لِأَهْلِهَا وَإِنِّي حَرَّمْتُ الْمَدِينَةَ كَمَا حَرَّمَ إِبْرَاهِيمُ مَكَّةَ وَإِنِّي دَعَوْتُ فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا بِمِثْلَيْ مَا دَعَا بِهِ إِبْرَاهِيمُ لِأَهْلِ مَكَّةَ

Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Mekah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku pun mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Mekah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sho` dan mudnya (timbangan) diberkati dua kali lipat dari yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Mekah. HR. Muslim.

Masjidil Haram dan sekitarnya

1. Kelebihan sholat di Masjidil Haram lebih baik dari 1,000 sholat di Masjid Nabawi atau lebih baik dari 100, 000  sholat di tempat lain

<

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ

Dari Jabir , Rosululloh SAW telah bersabda :

Sholat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 sholat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram, dan sholat di Masjidil Haram lebih baik dari 100,000 sholat dari tempat lain.HR.Ahmad

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنْ الْمَسَاجِدِ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا

.Dari Abdullah bin Az-Zubair, RosulullOh SAW telah bersabda :

Sholat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 sholat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, dan sholat di Masjidil Haram lebih baik dari 100 sholat di masjid ini (Masjid Nabawi).HR. Ahmad

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ

Dari Ibnu Abbas RA bahwa Nabi SAW telah bersabda :

Hajarul Aswad dari Syurga. HR.An-Nasaie

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ مِنْ الْجَنَّةِ وَكَانَ أَشَدَّ بَيَاضًا مِنْ الثَّلْجِ حَتَّى سَوَّدَتْهُ خَطَايَا أَهْلِ الشِّرْكِ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda :

Hajarul Aswad dari Syurga. Warnanya putih, lebih putih dari salji, sehinggalah bertukar menjadi hitam kerana dosa-dosa orang yang syirik.HR.Ahmad

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَه

Air zamzam mengikut niat orang yang meminumnya. HR. Ahmad dan Ibnu Majah.