SOLAT SUNAT HARI RAYA

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Mulai disyariatkan pada tahun pertama hijriah.

HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang berarti sangat-sangat dianjurkan karena Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama hidup.

WAKTU SOLAT

Bagi Solat Idul fitri diadakan pada 1 Syawal. Sedangkan Solat Idul Adha dilaksanakan pada 10 Zulhijjah.  Dilakukan setelah naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT

Pada Rakaat pertama takbir sebanyak 7 kali yaitu setelah takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian membaca Al-Fatihah dan surat.  Surat yang dianjurkan ialah surat Qaf atau Al-A’la atau Al-Kafirrun.

Pada Rakaat kedua pula supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian membaca Al-Fatihah dan surat. Surat yang dianjurkan ialah surat Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas. Setelah selesai solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaknya berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

aku niat menunaikan Idul Fitri / Adha 2 rakaat karena Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.

Wassallam.